Ayub 13:13-26 Alkitab Berita Baik (BM)

13. Diamlah, dan berilah aku peluang untuk berkata-kata,aku tidak peduli akan akibatnya.

14. Aku bersedia mempertaruhkan nyawa.

15. Biarlah Allah membunuh aku kerana aku sudah putus asa,namun aku akan membela perkaraku di hadapan-Nya.

16. Mungkin keberanianku akan menyelamatkan aku,kerana tiada orang jahat yang berani menghadap Allah.

17. Sekarang dengarlah baik-baik perkataanku,perhatikanlah penjelasanku.

18. Aku bersedia menyatakan perkaraku,kerana aku tahu bahawa tiada kesalahan padaku.

19. Ya Allah, adakah Engkau hendak menuduh aku?Jika demikian, aku akan diam dan menunggu ajalku.

20. Aku akan menghadap Engkaujika Engkau mengabulkan dua permohonanku:

21. berhentilah menghukum aku,dan jangan timpa aku dengan kedahsyatan-Mu.

22. Berfirmanlah dahulu, ya Allah, dan aku akan menjawab.Atau biarlah aku bercakap, lalu Engkau menjawab.

23. Apakah kesalahan dan dosaku?Sebutlah pelanggaran dan dosaku.

24. Mengapakah Engkau menghindari aku,dan memperlakukan aku seperti musuh?

25. Adakah Engkau cuba menakutkan dan mengejar aku?Aku hanya seperti daun yang ditiup angindan seperti jerami yang kering.

26. Engkau mengemukakan tuduhan pahit terhadap aku;Engkau membalas kesalahanku pada masa mudaku.

Ayub 13