1. Segala yang kamu katakan pernah aku dengar dan lihat sendiri,dan sungguh-sungguh kufahami.
2. Apa yang kamu tahu, aku pun tahu;aku tidak lebih rendah daripada kamu.
3. Tetapi aku hendak berbicara dengan Yang Maha Kuasa,aku hendak membela perkaraku dengan Allah.
4. Kamu menutup kebodohan kamu dengan dusta;kamu seperti doktor yang tidak berguna.
5. Sekiranya kamu tidak berkata apa-apa,mungkin orang berfikir kamu bijaksana!
6. Dengarlah aku menyatakan perkaraku.Perhatikanlah pembelaanku.
7. Bolehkah demi Allah, kamu berdusta?Bolehkah kamu berbohong demi kepentingan-Nya?
8. Adakah kamu cuba membela Allah?Adakah kamu hendak membela perkara-Nya?
9. Jika Allah memeriksa kamu, bolehkah Dia mendapati kebaikan pada dirimu?Dapatkah kamu menipu Allah seperti kamu menipu manusia?
10. Walaupun prasangka kamu tersembunyi,Dia akan menghukum kamu,
11. dan kuasa-Nya akan menakutkan kamu.
12. Pepatah kamu seperti abu yang tidak berguna;pembelaan kamu seperti tanah liat yang mudah pecah.
13. Diamlah, dan berilah aku peluang untuk berkata-kata,aku tidak peduli akan akibatnya.
14. Aku bersedia mempertaruhkan nyawa.
15. Biarlah Allah membunuh aku kerana aku sudah putus asa,namun aku akan membela perkaraku di hadapan-Nya.
16. Mungkin keberanianku akan menyelamatkan aku,kerana tiada orang jahat yang berani menghadap Allah.
17. Sekarang dengarlah baik-baik perkataanku,perhatikanlah penjelasanku.