8. Mintalah keterangan daripada makhluk darat dan lautan,maka kamu akan menerima penjelasan.
9. Kesemuanya tahu bahawa Allah telah mencipta mereka.
10. Allah berkuasa atas kehidupan setiap makhluk-Nya;nyawa setiap manusia dalam tangan Allah.
11. Orang tahu makanan yang sedap ketika merasanya,dan kata-kata yang bijak apabila mendengarnya.
14. Apa yang dirobohkan Allah tidak dapat dibina semula;orang yang dipenjarakan Allah tidak dapat dibebaskan semula.
15. Apabila Allah menahan hujan, kemarau tiba;apabila Dia melepaskan air, banjir melanda.
16. Allah kuat dan sentiasa berjaya;penipu dan orang yang tertipu ada dalam kekuasaan-Nya.
17. Dia mencabut kebijaksanaan pemerintah,dan menyebabkan pemimpin menjadi bahan ketawa.
18. Dia menggulingkan raja-raja dan menawan mereka;
19. Dia merendahkan imam-imam dan orang berkuasa.
20. Dia membungkam orang yang dapat dipercayai,dan mengambil kebijaksanaan daripada orang tua.
21. Dia memalukan mereka yang berkuasa,dan menamatkan kekuasaan para pemerintah.
22. Dia menyinari tempat-tempat yang suram,dan menerangi tempat-tempat yang kelam.
23. Dia menjadikan bangsa-bangsa kuat dan gagah,tetapi kemudian mengalahkan dan memusnahkan mereka.
24. Dia menjadikan pemimpin mereka kebingungan,sehingga mereka mengembara tanpa tujuan.