Ayub 12:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian Ayub menjawab,

2. “Memang, kamu suara orang ramai.Apabila kamu mati, hikmat juga akan mati.

3. Tetapi aku juga mempunyai akal seperti kamu,dan aku tidak lebih rendah daripada kamu;semua orang tahu segala yang kamu katakan itu.

4. Bahkan sahabat-sahabatku pun mentertawakan aku,mereka tertawa, walaupun aku benar dan tidak bersalah;tetapi pada suatu masa dahulu Allah pernah mengabulkan doaku.

5. Kamu tidak mempunyai kesusahan, namun kamu menghina aku;kamu memukul orang yang hampir jatuh.

6. Pencuri dan orang jahat hidup tanpa ancaman,walaupun kekuatan mereka sendiri menjadi dewa mereka.

7. Bertanyalah kepada unggas dan binatang lain,maka kamu akan diberikan pengajaran.

8. Mintalah keterangan daripada makhluk darat dan lautan,maka kamu akan menerima penjelasan.

9. Kesemuanya tahu bahawa Allah telah mencipta mereka.

12-13. Hikmat ada pada orang tua,tetapi hikmat dan kuasa ada pada Allah sahaja.Pengertian ada pada orang tua,tetapi pengertian dan kuasa untuk bertindak ada pada Allah sahaja.

Ayub 12