Ayub 12:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Kemudian Ayub menjawab,

2. “Memang, kamu suara orang ramai.Apabila kamu mati, hikmat juga akan mati.

3. Tetapi aku juga mempunyai akal seperti kamu,dan aku tidak lebih rendah daripada kamu;semua orang tahu segala yang kamu katakan itu.

12-13. Hikmat ada pada orang tua,tetapi hikmat dan kuasa ada pada Allah sahaja.Pengertian ada pada orang tua,tetapi pengertian dan kuasa untuk bertindak ada pada Allah sahaja.

Ayub 12