6. Dia akan memberitahu engkau bahawa hikmat itu banyak seginya;ada perkara yang terlalu dalam bagi manusia.Allah menghukum engkau lebih ringan daripada yang sepatutnya.
7. Dapatkah engkau memahami hal-hal yang dalam tentang Allah?Dapatkah engkau menyelami batas keagungan Yang Maha Kuasa?
8. Keagungan Allah lebih tinggi daripada angkasa,dan engkau tidak dapat mencapainya.Keagungan-Nya lebih dalam daripada dunia orang mati,dan engkau tidak dapat memahaminya.
9. Keagungan Allah lebih luas daripada bumi,lebih lebar daripada samudera.
10. Jika Allah menangkap dan mengadili engkau,siapakah yang akan menghalangi-Nya?
11. Allah tahu manusia yang mana tidak berguna;Dia nampak semua perbuatan jahat mereka.
12. Orang bodoh akan mula menjadi bijak,apabila keldai liar dilahirkan jinak.
13. Ayub, bersihkanlah hatimu, bertaubatlah.Angkatlah tangan dan berdoalah kepada Allah.
14. Berhentilah berbuat dosa,dan jauhkanlah kejahatan daripada rumah tanggamu.
15. Kemudian hadapilah hidup dengan hati nurani yang bersih;engkau akan tabah dan teguh hati.
16. Maka kesusahanmu tidak lagi engkau kenang,seperti banjir yang sudah surut dan dilupakan orang.
17. Kehidupanmu akan menjadi lebih terangdaripada sinar matahari waktu siang,dan saat-saat gelap dalam hidupmuakan bersinar seperti pada waktu subuh.
18. Engkau akan hidup dengan selamat dan penuh harapan;Allah akan melindungi engkau sehingga engkau berehat dengan aman.
19. Engkau tidak akan takut terhadap musuh;banyak orang akan minta tolong kepadamu.
20. Tetapi orang jahat akan melihat di sekeliling dan berasa bingung;mereka tidak menemui jalan keluar.Satu-satunya harapan mereka adalah menghembus nafas terakhir.”