1. Kemudian Zofar dari negeri Naamah berkata,
2. “Tiadakah sesiapa mahu menjawab segala cakap kosong itu?Dapatkah orang dibenarkan dengan cakap yang banyak itu?
3. Ayub, adakah engkau berfikir bahawa kami tidak dapat menjawabmu,dan bahawa kami bungkam kerana ejekanmu?
4. Engkau berpendapat bahawa kata-katamu tidak salah,dan bahawa engkau suci di hadapan Allah.
5. Aku sangat berharap agar Allah menjawab engkau!
6. Dia akan memberitahu engkau bahawa hikmat itu banyak seginya;ada perkara yang terlalu dalam bagi manusia.Allah menghukum engkau lebih ringan daripada yang sepatutnya.