Ayub 10:1-14 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Aku sudah bosan dengan hidupku.Aku akan meluahkan kepahitan jiwaku.

2. Ya Allah, janganlah salahkan aku.Beritahulah aku tuduhan-Mu terhadapku.

3. Adilkah Engkau bersikap sekejam ini,menghina ciptaan-Mu sendiri,dan memperkenankan rancangan orang keji?

4. Adakah pandangan-Mu seperti pandangan manusia?

5. Adakah hidup-Mu sesingkat hidup manusia?

6. Jika tidak, mengapakah Engkau mencari segala dosaku,dan mengejar setiap kesalahanku?

7. Engkau tahu bahawa aku tidak bersalah,dan tiada sesiapa dapat menyelamatkan aku daripada-Mu.

8. Tangan-Mu telah mencipta dan membentuk aku,dan kini tangan itu juga yang membinasakan aku.

9. Ingatlah, Engkau mencipta aku daripada tanah liat;mahukah Engkau menghancurkan aku sehingga menjadi debu semula?

10. Engkau memberi bapaku tenaga untuk menjadikan aku;Engkau membesarkan aku di dalam rahim ibuku.

11. Engkau membentuk badanku dengan tulang dan urat,Engkau meliputi tulang-tulangku dengan otot dan kulit.

12. Engkau memberi aku nyawa dan Engkau mengasihi aku,dan penjagaan-Mu telah memelihara nyawaku.

13. Tetapi kini aku tahu bahawa selama ituEngkau berniat jahat terhadapku.

14. Engkau mengawasi aku supaya jika aku berdosa,Engkau tidak akan mengampuni aku.

Ayub 10