6. Orang yang malas harus belajar daripada cara hidup semut.
7. Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa,
8. tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan.
9. Berapa lamakah orang malas hendak berbaring? Bilakah dia akan bangun?
10. Dia berkata, “Aku hendak tidur sekejap saja. Aku hendak berpangku tangan dan berehat sebentar.”
11. Tetapi sementara dia tidur, dia akan ditimpa kemiskinan yang datang seperti perompak yang bersenjata.
12. Orang yang jahat dan tidak berguna membohong di sana sini.
13. Mereka mengenyitkan mata dan memberikan isyarat untuk menipu kamu,
14. sementara merancang kejahatan dalam fikiran mereka yang sesat. Mereka menimbulkan kekacauan di merata tempat.
15. Kerana perbuatan mereka itu, bencana akan menimpa mereka dengan mengejut, dan mereka akan dihancurkan sama sekali.
20. Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu.
21. Ingatlah dan simpanlah kata-kata mereka dalam hatimu.
22. Ajaran mereka akan memimpin kamu dalam perjalanan, melindungi kamu pada waktu malam, dan menasihati kamu pada waktu siang.
23. Petunjuk mereka bagaikan lampu yang terang, dan teguran mereka menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.
24. Dengan demikian kamu dijauhkan daripada perempuan jalang dan daripada pujukan isteri orang lain.
25. Jangan kamu tergoda oleh kecantikan mereka, atau terpikat oleh kerlingan mata mereka.
26. Pelacur dapat kamu bayar dengan harga sebuku roti sahaja, tetapi berzina dengan isteri orang lain harus kamu bayar dengan nyawa.