Amsal 6:16-19-28 Alkitab Berita Baik (BM)

2. maka kamu terikat oleh kata-katamu atau terjerat oleh janjimu sendiri.

3. Kalau begitu anakku, kamu sudah dalam kuasa orang itu. Tetapi inilah caranya kamu dapat melepaskan diri: pergilah segera kepadanya dan mohonlah dia membebaskan kamu.

4. Jangan tidur ataupun rehat sebelum kamu berbuat demikian.

5. Selamatkanlah dirimu daripada perangkap itu seperti burung atau kijang melepaskan diri daripada pemburu.

6. Orang yang malas harus belajar daripada cara hidup semut.

7. Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa,

8. tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan.

9. Berapa lamakah orang malas hendak berbaring? Bilakah dia akan bangun?

16-19. Ada tujuh perkara yang dibenci oleh TUHAN dan tidak dapat dibiarkan-Nya:sikap yang sombong,mulut yang membohong,tangan yang membunuh orang yang tidak bersalah,fikiran yang merancang hal-hal jahat,kaki yang bergegas menuju kejahatan,saksi yang terus-menerus berdusta,dan orang yang menyebabkan perkelahian antara sahabat.

20. Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu.

21. Ingatlah dan simpanlah kata-kata mereka dalam hatimu.

22. Ajaran mereka akan memimpin kamu dalam perjalanan, melindungi kamu pada waktu malam, dan menasihati kamu pada waktu siang.

23. Petunjuk mereka bagaikan lampu yang terang, dan teguran mereka menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.

24. Dengan demikian kamu dijauhkan daripada perempuan jalang dan daripada pujukan isteri orang lain.

25. Jangan kamu tergoda oleh kecantikan mereka, atau terpikat oleh kerlingan mata mereka.

26. Pelacur dapat kamu bayar dengan harga sebuku roti sahaja, tetapi berzina dengan isteri orang lain harus kamu bayar dengan nyawa.

27. Jika kamu memangku api, pakaianmu terbakar.

28. Jika kamu berjalan di atas bara api, kakimu terbakar.

Amsal 6