7. Perkara yang paling mustahak yang harus kamu usahakan adalah mendapat hikmat. Apa pun yang kamu kejar, yang terutama adalah mendapat pengertian.
8. Cintailah hikmat, maka kamu akan ditinggikannya. Peluklah hikmat, maka kamu akan dimuliakannya.
9. Hikmat akan menjadi mahkota kemegahanmu.”
10. Hai anakku, dengarlah kataku. Perhatikanlah baik-baik nasihatku supaya panjang umurmu.
11. Aku sudah mengajar kamu hikmat dan cara hidup yang benar.
12. Jika kamu hidup demikian, kamu tidak akan terhalang ketika berjalan, dan kamu tidak akan tersandung ketika berlari.
13. Hendaklah kamu sentiasa ingat akan ajaran yang telah kamu terima daripadaku. Jagalah ajaran itu baik-baik, kerana dengan ajaran itu hidupmu akan berhasil.
14. Jangan ke tempat orang jahat pergi dan jangan contohi mereka.
15. Jangan taruh perhatian kepada mereka. Jauhilah mereka dan jalanlah terus.
16. Orang jahat tidak dapat tidur sebelum melakukan kejahatan. Mereka tidak mengantuk sebelum mencelakakan orang lain.
17. Kejahatan dan keganasan seolah-olah makanan dan minuman mereka.
18. Kehidupan orang baik bagaikan terbitnya matahari, kian lama kian cerah sehingga hari pun terang.