17. Kejahatan dan keganasan seolah-olah makanan dan minuman mereka.
18. Kehidupan orang baik bagaikan terbitnya matahari, kian lama kian cerah sehingga hari pun terang.
19. Tetapi kehidupan orang jahat gelap seperti malam. Mereka tersandung dan jatuh, namun tidak dapat melihat apa yang menyebabkannya.
20. Hai anakku, perhatikanlah nasihatku. Dengarlah kata-kataku.
21. Jangan sekali-kali kamu lupakannya. Ingatlah dan simpanlah kata-kataku dalam hatimu.
22. Sesiapa yang memahami nasihatku itu akan hidup dan menjadi sihat.
23. Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu.
24. Jangan katakan apa yang tidak benar. Jangan ucapkan dusta dan kata-kata yang menyesatkan orang.