Amsal 31:18-30 Alkitab Berita Baik (BM)

18. Dia tahu bahawa segala sesuatu yang diusahakannya menguntungkan, dan dia bekerja sehingga jauh malam.

19. Dia memintal benang dan menenun kainnya sendiri.

20. Dia murah hati kepada orang yang miskin dan susah.

21. Pada musim sejuk dia tidak khuatir, kerana keluarganya mempunyai baju panas.

22. Dia membuat permaidani dan memakai pakaian daripada kain linen ungu yang halus.

23. Suaminya pemimpin masyarakat, dan seorang yang kenamaan.

24. Dia menjahit pakaian dan membuat ikat pinggang untuk dijual kepada pedagang.

25. Dia berwibawa serta dihormati orang. Dia tidak khuatir akan masa hadapan.

26. Kata-katanya bijak serta lemah lembut.

27. Dia sentiasa rajin bekerja dan memperhatikan urusan rumah tangganya.

28. Dia dihargai oleh anak-anaknya dan dipuji oleh suaminya.

29. Suaminya berkata, “Ada banyak wanita yang baik, tetapi engkaulah yang terbaik antara mereka semua.”

30. Kejelitaan menipu mata, kecantikan pun tidak kekal; tetapi seorang wanita yang menghormati TUHAN harus dipuji.

Amsal 31