6. Jika kamu menambah apa yang dikatakan-Nya, Dia akan menegur kamu dan membuktikan bahawa kamu bohong.”
7. Ya Allah, aku memohon dua hal sebelum aku mati:
8. tolonglah aku supaya aku tidak berdusta, dan tolonglah aku supaya aku tidak kaya dan tidak miskin. Oleh itu, berilah aku hanya apa yang aku perlukan.
9. Jika aku kaya, mungkin aku berkata aku tidak memerlukan Engkau. Sebaliknya, jika aku miskin, mungkin aku mencuri, lalu memalukan Allahku.
10. Jangan fitnah seorang hamba kepada tuannya. Kamu akan dikutuk, dan kamu akan menderita.
11. Ada orang mengutuk bapa dan tidak menghargai ibu.
12. Ada orang menganggap diri mereka suci, padahal kotor sekali.
13. Ada orang menyangka diri mereka baik sekali - bukan main baiknya!
14. Ada orang memperdaya orang yang miskin dan susah. Demikianlah cara mereka mencari nafkah.
15. Lintah darat mempunyai dua orang anak perempuan; kedua-duanya bernama “Berilah aku”!Ada empat hal yang tidak pernah puas:
16. dunia orang mati,perempuan mandul,tanah gersang yang haus akan hujan,dan api yang merebak ke serata tempat.
17. Seorang yang mencemuh bapanya, atau menghina ibunya yang sudah tua, patut dimakan burung hering, atau matanya dipatuk burung gagak hutan.
18. Ada empat hal yang terlalu sukar untuk aku fahami:
19. burung helang yang terbang di langit,ular yang menjalar di atas batu,kapal yang belayar di tengah laut,dan lelaki serta wanita yang jatuh cinta.
20. Inilah yang dilakukan oleh isteri yang tidak setia: dia berzina, lalu mandi. Setelah itu dia berkata, “Aku tidak berbuat apa-apa yang salah!”
21. Ada empat hal yang sukar diterima di seluruh dunia:
22. seorang hamba yang menjadi raja,seorang bodoh yang mendapat semua makanan yang diingininya,
23. seorang perempuan yang dibenci orang, tetapi dapat berkahwin,dan seorang hamba perempuan yang merampas kedudukan puannya.