1. Jangan banggakan hari esok, kerana orang tidak tahu apa yang akan berlaku nanti.
2. Biarlah orang lain memuji kamu - bahkan orang asing pun. Jangan puji diri sendiri.
3. Batu dan pasir masih ringan jika dibandingkan dengan kesusahan yang disebabkan oleh kebodohan.
4. Kemarahan itu kejam serta menghancurkan, tetapi tiada sesiapa dapat menghadapi kecemburuan.
5. Lebih baik teguran yang terus terang daripada kasih yang tidak diungkapkan.
6. Seorang kawan memukul dengan maksud baik, tetapi berwaspadalah apabila seorang musuh mencium kamu.
7. Kalau kenyang, madu pun ditolak; kalau lapar, yang pahit pun terasa enak.
8. Orang yang jauh dari rumah bagaikan burung yang tidak bersarang.
9. Minyak wangi menggembirakan hati, tetapi kesusahan merunsingkan hati.
10. Jangan lupa akan sahabatmu atau sahabat bapamu. Ketika kamu dalam kesusahan, jangan pergi ke rumah saudaramu; jiran yang dekat dapat lebih menolong kamu daripada saudara yang jauh.
11. Hai anakku, hendaklah kamu bijak, supaya aku gembira dan dapat menjawab jika dicela.
12. Orang yang bijak mengelakkan bahaya apabila melihatnya, tetapi orang bodoh membiarkan diri ditimpa malapetaka dan menyesal kemudian.
13. Bodohlah orang yang berjanji menanggung hutang orang lain; miliknya harus diambil sebagai jaminan janjinya.
14. Salam yang diteriakkan pada pagi-pagi sekali sama dengan kutukan.