Amsal 26:21-28 Alkitab Berita Baik (BM)

21. Seperti arang dan kayu membuat api tetap menyala, begitu juga orang yang suka bergaduh menyebabkan pertengkaran.

22. Umpatan sangat enak rasanya; orang suka menelannya.

23. Bagaikan periuk tanah yang disepuh perak, begitulah orang yang bermulut manis tetapi berhati jahat.

24. Si pembenci manis kata-katanya, tetapi hatinya penuh tipu daya.

25. Meskipun dia ramah, jangan percaya kepadanya, kerana hatinya penuh dengan kebencian.

26. Dia mungkin dapat menyembunyikan kebenciannya, tetapi perbuatannya yang jahat itu akan nyata.

27. Orang yang memasang perangkap bagi orang lain akan terjerat oleh perangkapnya sendiri. Orang yang menggulingkan batu akan ditimpa oleh batu itu juga.

28. Membohongi orang sama dengan membencinya. Mulut manis yang tidak tulus mendatangkan kemusnahan.

Amsal 26