1. Sebagaimana salji tidak sepatutnya turun pada musim panas atau hujan pada musim menuai, demikian juga pujian tidak sepatutnya diberikan kepada orang bodoh.
2. Seperti burung terbang dan melayang-layang di udara, begitu juga kutukan tidak boleh kena pada orang yang tidak bersalah.
3. Kuda harus dicambuk, keldai harus dikekang, dan orang bodoh harus dipukul.
4. Orang yang menjawab pertanyaan yang bukan-bukan, menjadi sebodoh orang yang bertanya.
5. Pertanyaan yang bodoh harus diberikan jawapan yang bodoh juga, supaya si penanya sedar bahawa dia tidak sepandai yang disangkanya.
6. Mengutus orang bodoh untuk menyampaikan pesan sama dengan mematahkan kaki sendiri dan mencari kecelakaan.
7. Seperti orang lumpuh tidak dapat menggunakan kaki, demikian juga orang bodoh tidak dapat menggunakan peribahasa.
8. Memuji orang yang bodoh sia-sia sahaja, seperti batu yang diikat pada lastik.
18-19. Orang yang menipu orang lain, lalu berkata bahawa dia hanya bergurau bagaikan orang gila yang bermain dengan senjata yang berbahaya.