Amsal 26:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Sebagaimana salji tidak sepatutnya turun pada musim panas atau hujan pada musim menuai, demikian juga pujian tidak sepatutnya diberikan kepada orang bodoh.

2. Seperti burung terbang dan melayang-layang di udara, begitu juga kutukan tidak boleh kena pada orang yang tidak bersalah.

3. Kuda harus dicambuk, keldai harus dikekang, dan orang bodoh harus dipukul.

4. Orang yang menjawab pertanyaan yang bukan-bukan, menjadi sebodoh orang yang bertanya.

18-19. Orang yang menipu orang lain, lalu berkata bahawa dia hanya bergurau bagaikan orang gila yang bermain dengan senjata yang berbahaya.

Amsal 26