2. Mereka hanya memikirkan kekejaman dan memperkatakan keganasan.
3. Rumah tangga didirikan di atas asas hikmat dan pengertian.
4. Apabila ada pengetahuan, bilik-biliknya dilengkapi barang-barang yang berharga dan indah.
5. Hikmat lebih baik daripada kekuatan. Sesungguhnya pengetahuan lebih baik daripada kekuatan,
6. kerana kamu harus membuat rancangan dengan baik-baik sebelum kamu berperang. Semakin banyak nasihat yang kamu terima, semakin besar pula harapan kamu untuk menang.
7. Orang bodoh tidak dapat memahami kata-kata hikmat. Mereka tidak dapat berkata apa-apa ketika hal-hal penting dibincangkan.
8. Jika kamu sentiasa merancangkan kejahatan, kamu akan dikenal sebagai pengacau.
9. Cadangan yang difikirkan orang bodoh adalah dosa semata-mata. Orang yang selalu mencela orang lain dibenci oleh orang.
10. Orang yang putus asa pada saat genting, sesungguhnya orang lemah.