Amsal 24:19-22 Alkitab Berita Baik (BM)

19. Jangan jengkel kerana orang jahat; jangan iri hati terhadap mereka.

20. Orang jahat tidak mempunyai masa depan dan tidak mempunyai harapan.

21. Hai anakku, hormatlah dan takutlah kepada TUHAN dan raja. Jangan adakan hubungan dengan orang yang menentang mereka;

22. orang seperti itu boleh dibinasakan dalam seketika. Ingatlah akan bencana yang dapat ditimpakan oleh Allah ataupun raja!

Amsal 24