3. Jangan gelojoh kerana makanan lazat yang dihidangkan. Mungkin dia hendak menipu kamu.
4. Berhati-hatilah! Jangan rosakkan kesihatan kamu kerana hendak menjadi kaya.
5. Wang kamu boleh hilang secepat kilat, seolah-olah wang itu bersayap dan terbang ke angkasa seperti burung helang.
6. Jangan makan bersama-sama orang kedekut, atau inginkan makanan lazat yang dihidangkannya.
7. “Makan lagi,” katanya, tetapi tidak begitu maksudnya. Dia bermulut manis tetapi hatinya lain.
8. Kamu akan memuntahkan apa yang kamu telan, dan semua kata-kata manis kamu sia-sia sahaja.
9. Jangan cuba nasihati orang bodoh; mereka tidak akan menghargai nasihat kamu.
29-30. Tahukah kamu apa yang terjadi kepada orang yang terlalu banyak minum wain dan minuman keras yang lain? Orang itu sengsara dan menderita. Dia selalu bertengkar dan bersungut. Matanya merah dan badannya luka-luka, padahal semua itu dapat dihindarinya.
31. Jangan biar wain menggoda kamu, walaupun warnanya menarik, dan nampaknya berkilauan di dalam cawan, dan sedap dihirup.
32. Esok pagi kamu akan merasa seperti dipagut ular berbisa.
33. Mata kamu berkunang-kunang, fikiran kamu kacau, dan kamu merepek.
34. Kamu akan merasa seperti mabuk di laut dan terumbang-ambing di atas tiang kapal.
35. Kamu akan berkata, “Aku telah dipukul. Aku telah dipalu! Tetapi aku tidak ingat apa-apa. Mengapakah aku sangat mengantuk? Aku perlu minum lagi!”