Amsal 23:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Ketika kamu dijamu oleh seorang pembesar, ingatlah siapa orang itu.

2. Jika kamu sangat berselera, tahanlah selera kamu.

3. Jangan gelojoh kerana makanan lazat yang dihidangkan. Mungkin dia hendak menipu kamu.

4. Berhati-hatilah! Jangan rosakkan kesihatan kamu kerana hendak menjadi kaya.

5. Wang kamu boleh hilang secepat kilat, seolah-olah wang itu bersayap dan terbang ke angkasa seperti burung helang.

29-30. Tahukah kamu apa yang terjadi kepada orang yang terlalu banyak minum wain dan minuman keras yang lain? Orang itu sengsara dan menderita. Dia selalu bertengkar dan bersungut. Matanya merah dan badannya luka-luka, padahal semua itu dapat dihindarinya.

Amsal 23