Amsal 22:8-13 Alkitab Berita Baik (BM)

8. Orang yang menabur ketidakadilan akan menuai bencana, dan kuasanya untuk menindas orang lain akan berakhir.

9. Orang yang murah hati dan membahagikan makanan kepada orang miskin akan diberkati TUHAN.

10. Usirlah orang yang suka menghina, barulah tiada pertengkaran, perbantahan, dan caci maki.

11. Orang yang tulus hatinya dan halus pertuturannya akan menjadi sahabat raja.

12. TUHAN memastikan bahawa kebenaran terpelihara dengan membongkar kebohongan pendusta.

13. Orang malas tidak suka keluar dari rumah. Dia berkata bahawa dia akan diterkam singa jika dia keluar.

Amsal 22