Amsal 21:5-11 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Rancangan yang dibuat oleh orang rajin membawa hasil yang berlimpah tetapi tindakan tergesa-gesa mengakibatkan orang kekurangan.

6. Kekayaan yang diperoleh secara tidak jujur, bukan sahaja tidak kekal tetapi pasti akan membawa maut.

7. Orang jahat tidak mahu melakukan perbuatan adil; keganasan mereka akan memusnahkan mereka.

8. Orang yang bersalah menempuh jalan yang berliku-liku; orang yang baik mengikut jalan yang lurus.

9. Tinggal di bumbung rumah lebih baik daripada tinggal di dalam rumah bersama-sama isteri yang suka bertengkar.

10. Orang jahat sentiasa ingin melakukan kejahatan; mereka tidak berbelas kasihan terhadap sesiapa pun.

11. Hukuman bagi orang yang suka mencemuh menjadi pelajaran kepada orang yang bodoh. Orang bijak mendapat pengetahuan apabila diajar.

Amsal 21