Amsal 21:24-28 Alkitab Berita Baik (BM)

24. Orang yang sombong dan tinggi hati, suka mencela dan kurang ajar.

25. Orang malas tidak mahu bekerja; dia dibunuh oleh keinginannya.

26. Dia hanya memikirkan keinginannya. Sebaliknya, orang yang taat kepada Allah dapat memberi dengan berlimpah-limpah.

27. TUHAN membenci korban yang dipersembahkan orang jahat, lebih-lebih lagi jika korban itu diberikan dengan maksud jahat.

28. Kesaksian pembohong tidak dapat dipercayai, tetapi kesaksian orang yang dapat dipercayai akan diterima.

Amsal 21