11. Hukuman bagi orang yang suka mencemuh menjadi pelajaran kepada orang yang bodoh. Orang bijak mendapat pengetahuan apabila diajar.
12. Allah Yang Maha Adil tahu apa yang berlaku di rumah orang jahat dan Dia akan menghukum mereka sehingga binasa.
13. Orang yang tidak mahu mendengarkan keluhan orang miskin, tidak akan diperhatikan apabila dia sendiri minta pertolongan.
14. Pemberian yang diberikan secara diam-diam kepada orang yang marah, akan meredakan kemarahannya.
15. Apabila keadilan dilaksanakan, orang baik bersukacita, tetapi orang jahat ketakutan.
16. Orang yang menyimpang daripada cara hidup yang berbudi akan menemui ajalnya.
17. Orang yang suka berfoya-foya dan menggemari wain serta makanan lazat tidak akan menjadi kaya.
18. Orang jahat akan merasakan penderitaan yang ditimpakan mereka kepada orang baik.
19. Lebih baik tinggal di padang gurun daripada tinggal bersama-sama isteri yang suka bertengkar dan pemarah.
20. Orang bijak tetap kaya dan makmur, tetapi orang bodoh membazirkan harta mereka.
21. Orang yang jujur dan baik hati berusia panjang. Dia akan dihormati dan diperlakukan dengan adil.
22. Seorang bijak dapat merebut kota yang dipertahankan oleh askar-askar perkasa, dan merobohkan tembok kota yang menjadi harapan mereka.