Amsal 21:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. TUHAN menguasai fikiran raja seperti Dia menentukan aliran sungai.

2. Orang menyangka segala perbuatan mereka baik; tetapi ingatlah, TUHAN mengetahui maksud hati manusia.

3. Perbuatan yang baik dan adil lebih menyenangkan hati TUHAN daripada korban yang dipersembahkan.

4. Orang jahat berdosa kerana dikuasai oleh kesombongan dan keangkuhan.

Amsal 21