8. Apabila raja mengadili orang, raja dapat melihat apa yang jahat.
9. Dapatkah orang berkata dengan sungguh-sungguh bahawa hati nurani mereka bersih, dan dosa mereka sudah dihapuskan?
10. TUHAN membenci orang yang menipu dengan timbangan dan ukuran yang tidak tepat.
11. Perbuatan seorang anak dapat menunjukkan kelakuannya; kamu akan tahu sama ada dia baik atau jahat.
12. TUHAN sudah memberi kita mata untuk melihat dan telinga untuk mendengar.
13. Orang yang suka tidur akan jatuh miskin. Orang yang rajin bekerja mendapat banyak makanan.
14. Pembeli sentiasa bersungut bahawa harga barang mahal, tetapi setelah membeli barang itu mereka bercakap besar tentang harga murah yang dibayar mereka.
15. Kata-kata bijak lebih berharga daripada emas atau batu permata.