Amsal 20:24-30 Alkitab Berita Baik (BM)

24. TUHAN telah menentukan jalan hidup manusia; itulah sebabnya manusia tidak dapat memahami jalan hidup mereka.

25. Fikirlah baik-baik sebelum menjanjikan korban kepada Allah supaya kamu tidak menyesal.

26. Raja yang bijak mengetahui siapa yang jahat; raja akan menghukum mereka tanpa belas kasihan.

27. TUHAN memberi kita fikiran dan hati nurani; oleh itu kita tidak dapat berdusta kepada diri kita sendiri.

28. Raja hanya dapat memerintah selama pemerintahannya jujur, tulus, dan adil.

29. Orang muda dikagumi kerana kekuatan, dan orang tua dihormati kerana uban.

30. Kadang kala pengalaman pahit menghapuskan kejahatan dan membersihkan hati manusia.

Amsal 20