Amsal 20:14-20 Alkitab Berita Baik (BM)

14. Pembeli sentiasa bersungut bahawa harga barang mahal, tetapi setelah membeli barang itu mereka bercakap besar tentang harga murah yang dibayar mereka.

15. Kata-kata bijak lebih berharga daripada emas atau batu permata.

16. Bodohlah orang yang berjanji menanggung hutang orang lain; miliknya harus diambil sebagai jaminan janjinya.

17. Hasil daripada penipuan mula-mula lazat rasanya, tetapi kemudian terasa seperti pasir belaka.

18. Mintalah nasihat supaya berjaya. Jangan pergi berperang tanpa membuat rancangan.

19. Orang yang mengumpat tidak sekali-kali dapat menyimpan rahsia. Jangan bergaul dengan orang yang suka merepek.

20. Sesiapa yang mengutuk ibu bapanya, hidupnya akan lenyap seperti pelita yang padam di tempat gelap.

Amsal 20