8. Umpatan sangat enak rasanya; orang suka menelannya.
9. Orang malas sama jahatnya dengan orang yang suka merosak.
10. TUHAN seperti menara yang kukuh; ke sanalah orang jujur pergi dan mendapat perlindungan.
11. Tetapi orang kaya menyangka bahawa harta yang melindungi mereka seperti tembok tinggi dan kuat di sekeliling kota.
12. Orang yang rendah hati akan dihormati; orang sombong pasti akan binasa.
13. Orang yang menjawab sebelum mendengar, bukan sahaja bodoh tetapi mempermalu diri sendiri.
14. Kemahuan untuk hidup dapat menanggung derita penyakit tetapi jika lenyap kemahuan itu, hilanglah segala harapan.
15. Orang bijak sentiasa sedia dan suka belajar.
16. Hadiah membuka jalan sehingga mudah untuk menemui orang besar.
17. Orang yang pertama berucap di mahkamah selalu nampaknya benar, tetapi kenyataannya akan diuji setelah perkaranya diperiksa.
18. Jika terjadi pertikaian di mahkamah antara dua orang yang berkuasa, buanglah undi untuk menyelesaikannya.
19. Tolong-menolong menguatkan persaudaraan seperti tembok kota yang kukuh, tetapi pertengkaran memutuskan perhubungan.
20. Kata-kata yang diucapkan membawa kesan yang harus dirasakan.
21. Kata-kata yang diucapkan mempunyai kuasa untuk menyelamatkan ataupun membinasakan. Orang harus merasakan kesan kata-kata mereka.