5. Tidak baik memihak orang yang jahat, dan menindas orang yang tidak bersalah.
6. Jika orang bodoh menimbulkan pertengkaran, mereka minta dipukul.
7. Apabila orang bodoh bercakap mereka terjerat oleh kata-kata mereka dan membinasakan diri.
8. Umpatan sangat enak rasanya; orang suka menelannya.
9. Orang malas sama jahatnya dengan orang yang suka merosak.
10. TUHAN seperti menara yang kukuh; ke sanalah orang jujur pergi dan mendapat perlindungan.
11. Tetapi orang kaya menyangka bahawa harta yang melindungi mereka seperti tembok tinggi dan kuat di sekeliling kota.
12. Orang yang rendah hati akan dihormati; orang sombong pasti akan binasa.
13. Orang yang menjawab sebelum mendengar, bukan sahaja bodoh tetapi mempermalu diri sendiri.
14. Kemahuan untuk hidup dapat menanggung derita penyakit tetapi jika lenyap kemahuan itu, hilanglah segala harapan.