Amsal 17:17-28 Alkitab Berita Baik (BM)

17. Sahabat sentiasa saling mengasihi, dan sanak keluarga saling menanggung kesusahan.

18. Hanya orang yang tidak berakal mahu menanggung hutang orang lain.

19. Orang yang suka akan dosa suka bertengkar. Orang yang selalu bercakap besar mencari kesusahan.

20. Orang yang menipu tidak akan bahagia; orang yang bermulut jahat mendapat celaka.

21. Anak yang melakukan perbuatan bodoh menyusahkan dan menyedihkan hati ibu bapanya.

22. Hati yang gembira menyihatkan badan; hati yang sedih melemahkan semangat.

23. Hakim yang curang menerima rasuah dengan diam-diam dan tidak menjalankan keadilan.

24. Tujuan orang bijak adalah memperoleh hikmat, tetapi tujuan orang bodoh tidak menentu.

25. Anak yang bodoh menyedihkan hati bapanya dan mengesalkan hati ibunya.

26. Tidaklah patut mendenda orang yang tidak bersalah, dan tidaklah adil menghukum orang yang baik.

27. Orang yang berpengetahuan tidak banyak bercakap. Orang yang berpengertian sentiasa tenang.

28. Orang bodoh pun mungkin dianggap bijak dan pandai jika mereka berdiam diri dan menutup mulut.

Amsal 17