1. Lebih baik makan sesuap makanan dengan fikiran yang tenang, daripada makan jamuan besar di rumah yang penuh dengan pertengkaran.
2. Hamba yang bijak akan menguasai anak tuannya yang mendatangkan malu, dan mewarisi sebahagian hartanya.
3. Emas dan perak diuji oleh api, tetapi hati orang diuji oleh TUHAN.
4. Orang jahat menyambut cadangan jahat, dan pembohong suka mendengar kata-kata dusta.
5. Sesiapa yang mentertawakan orang miskin, menghina Allah yang mencipta mereka. Sesiapa yang gembira kerana kemalangan orang lain akan dihukum.
6. Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.
7. Orang berhormat tidak patut berdusta, dan orang bodoh tidak dapat mengatakan yang berfaedah.