6. Orang yang taat setia kepada Allah akan mendapat pengampunan. Orang yang hormat dan takut kepada TUHAN akan terhindar daripada kejahatan.
7. Apabila kamu menyenangkan hati TUHAN, musuh-musuh dapat kamu jadikan kawan.
8. Lebih baik berpendapatan kecil asalkan halal, daripada berpendapatan besar tetapi haram.
9. Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang menentukan jalan hidup manusia.
10. Raja bertitah dengan kuasa Allah; keputusan raja sentiasa betul.
11. TUHAN menghendaki timbangan dan ukuran yang tepat; jangan berlaku curang ketika berniaga.
12. Raja tidak boleh membiarkan kejahatan, kerana keadilan mengukuhkan kerajaan.
13. Raja suka mendengar apa yang benar; raja berkenan kepada orang yang bercakap jujur.
14. Jika raja murka, mungkin ada orang yang akan dibunuh; orang yang bijak berusaha untuk meredakan kemurkaan raja.
15. Anugerah raja bagaikan awan yang menurunkan hujan pada musim bunga; anugerahnya memberikan hidup sejahtera.
16. Jauh lebih baik mendapat hikmat dan pengetahuan daripada mendapat emas dan perak.