Amsal 14:11-22 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Rumah orang baik tetap kukuh, tetapi rumah orang jahat akan roboh.

12. Jalan yang disangka baik itu akhirnya menuju maut.

13. Ketawa mungkin dapat menyembunyikan kesedihan, tetapi apabila kegembiraan berakhir, kesedihan tetap ada.

14. Orang jahat akan menerima akibat kejahatan mereka, tetapi orang baik akan menerima ganjaran untuk kebaikan mereka.

15. Orang bodoh percaya kepada apa-apa sahaja, tetapi orang bijak melangkah dengan hati-hati.

16. Orang bijak berhati-hati dan menjauhi kejahatan, tetapi orang bodoh tidak berhati-hati dan bertindak tanpa berfikir dahulu.

17. Orang yang lekas marah bertindak dengan bodoh; orang bijak sentiasa bersikap tenang.

18. Orang yang tidak berpengetahuan mengalami akibat kebodohan, tetapi orang yang pandai akan bertambah pengetahuan.

19. Orang jahat akan tunduk kepada orang yang lurus hati untuk memohon belas kasihan.

20. Orang miskin tidak disukai bahkan oleh jiran mereka sendiri, tetapi orang kaya mempunyai banyak kawan.

21. Orang yang mengasihani orang miskin akan berbahagia; orang yang menghina orang lain berbuat dosa.

22. Orang yang berbuat baik akan dipercayai dan dihormati, tetapi orang yang berbuat jahat melakukan kesalahan.

Amsal 14