Amsal 14:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Wanita yang bijak membina rumah tangganya, tetapi wanita yang bodoh meruntuhkan rumah tangganya sendiri.

2. Orang yang jujur akan takut dan hormat kepada TUHAN, tetapi orang yang curang menghina Dia.

3. Orang bodoh yang sombong terhukum oleh kata-kata mereka, tetapi kata-kata orang bijak melindungi mereka.

4. Tanpa lembu untuk membajak tanah, gudang menjadi kosong; tetapi dengan kekuatan lembu, gudang menjadi penuh.

5. Saksi yang jujur sentiasa mengatakan yang benar, tetapi saksi yang tidak jujur selalu berdusta.

6. Orang sombong tidak akan menjadi bijak, tetapi orang cerdas belajar dengan mudah.

7. Jauhkanlah diri daripada orang bodoh; mereka tidak dapat mengajarkan apa-apa.

8. Orang yang bijak tahu apa yang harus dilakukannya; orang yang bodoh tertipu oleh kebodohannya sendiri.

9. Orang bodoh tidak peduli sama ada dosa mereka diampunkan atau tidak, tetapi orang baik mahu dosa mereka diampunkan.

Amsal 14