8. Orang kaya terpaksa menebus nyawa dengan kekayaan, tetapi orang miskin bebas daripada ancaman.
9. Orang salih bagaikan pelita yang terang, tetapi orang jahat bagaikan pelita yang hampir padam.
10. Kesombongan hanya membawa kesusahan; lebih bijak meminta nasihat.
11. Kekayaan yang diperoleh dengan mudah, cepat habis, tetapi harta yang dikumpulkan sedikit demi sedikit akan semakin bertambah.
12. Apabila harapan hancur, hati pun hancur; apabila hasrat tercapai, hati gembira.
13. Orang yang menolak firman Allah akan mencelakakan diri, sebaliknya orang yang taat kepada perintah Allah akan mendapat pahala.
14. Ajaran orang bijak bagaikan sumber kehidupan; apabila ada ancaman, ajaran itu menyelamatkan nyawa.
15. Orang bijak mendapat kehormatan, tetapi orang yang tidak dapat dipercayai menuju kebinasaan.
16. Orang bijak sentiasa berfikir dahulu sebelum bertindak, tetapi orang bodoh mengiklankan kebodohan mereka.
17. Utusan yang tidak bertanggungjawab mendatangkan kesusahan, tetapi utusan yang dapat dipercayai mendatangkan kesejahteraan.
18. Orang yang tidak mahu diajar akan menjadi miskin dan hina, tetapi orang yang mengendahkan nasihat akan dihormati.
19. Alangkah baiknya mendapat apa yang diinginkan! Orang bodoh tidak mahu berpaling daripada kejahatan.