Amsal 11:5-13 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Hidup orang jujur senang kerana kejujuran mereka, tetapi orang jahat jatuh kerana kejahatan mereka.

6. Orang jujur selamat kerana ketulusan hati mereka; orang yang tidak dapat dipercayai, diperangkap oleh ketamakan mereka.

7. Apabila orang jahat meninggal, harapan mereka pun lenyap; berharap kepada kekayaan sia-sia sahaja.

8. Orang salih terpelihara daripada kesusahan, tetapi orang jahat ditimpa kesusahan.

9. Percakapan orang jahat membinasakan orang; hikmat menyelamatkan orang baik.

10. Seluruh kota bersukacita apabila orang jujur mendapat rezeki; rakyat bersorak-sorai apabila orang jahat mati.

11. Restu orang jujur memakmurkan kota; perkataan orang jahat memusnahkan kota.

12. Menghina orang lain adalah perbuatan bodoh. Orang yang bijak lebih suka berdiam diri.

13. Orang yang mengumpat tidak dapat menyimpan rahsia, tetapi orang yang dapat dipercayai boleh merahsiakan perkara.

Amsal 11