Amos 5:11-17 Alkitab Berita Baik (BM)

11. Kamu menindas orang miskin dan merampas gandum mereka. Oleh itu kamu tidak akan tinggal di dalam rumah mewah daripada batu, yang sudah kamu bina. Kamu tidak akan minum wain dari ladang anggur kamu yang indah.

12. Aku tahu betapa dahsyatnya dosa kamu dan betapa banyaknya jenayah yang kamu lakukan. Kamu menganiaya orang baik, menerima rasuah, dan menghalang orang miskin daripada mendapat keadilan di tempat pengadilan.

13. Oleh sebab perbuatan kamu itu, maka orang bijaksana berfikir lebih baik berdiam diri sahaja pada masa yang jahat seperti itu.

14. Berusahalah untuk berbuat baik dan jangan berbuat jahat, supaya kamu hidup. Maka TUHAN Allah Yang Maha Kuasa akan sungguh-sungguh menyertai kamu seperti yang kamu katakan.

15. Bencilah kejahatan, cintailah kebaikan, dan tegakkanlah keadilan di mahkamah. Mungkin TUHAN akan mengasihani orang Israel yang masih hidup.

16. Oleh itu TUHAN Raja Yang Maha Kuasa berfirman, “Di jalan-jalan kota, orang akan meratap dan menangis kerana sedih. Bahkan petani-petani pun akan dipanggil untuk ikut meratap bersama dengan orang yang diupah untuk meratapi orang mati.

17. Orang akan meratap di semua ladang anggur kerana Aku datang untuk menghukum kamu.” Demikianlah firman TUHAN.

Amos 5