Amos 4:1-4 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Dengarlah, hai kaum wanita Samaria yang bertambah gemuk seperti lembu tambun di Basan! Kamu menindas orang lemah, menekan orang miskin, dan menuntut supaya suami kamu sentiasa menyediakan minuman keras untuk kamu!

2. Aku, TUHAN Raja suci. Aku sudah berjanji bahawa akan tiba masanya kamu diheret dengan kaitan; kamu semua akan menjadi seperti ikan pada mata kail.

3. Kamu akan diheret ke celah tembok yang terdekat, lalu dilempar keluar ke Hermon.”

4. TUHAN Raja berfirman, “Hai umat Israel! Pergilah ke tempat ibadat di Betel dan berbuatlah dosa di sana! Pergilah ke Gilgal, dan berbuatlah dosa di sana dengan segenap kekuatan kamu! Persembahkanlah korban setiap pagi, dan bawalah persepuluhan kamu setiap tiga hari!

Amos 4