Amos 4:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Dengarlah, hai kaum wanita Samaria yang bertambah gemuk seperti lembu tambun di Basan! Kamu menindas orang lemah, menekan orang miskin, dan menuntut supaya suami kamu sentiasa menyediakan minuman keras untuk kamu!

2. Aku, TUHAN Raja suci. Aku sudah berjanji bahawa akan tiba masanya kamu diheret dengan kaitan; kamu semua akan menjadi seperti ikan pada mata kail.

3. Kamu akan diheret ke celah tembok yang terdekat, lalu dilempar keluar ke Hermon.”

Amos 4