Amos 2:5-9 Alkitab Berita Baik (BM)

5. Oleh itu, Aku akan mengirim api ke negeri Yehuda dan membakar kubu-kubu Yerusalem.”

6. TUHAN berfirman, “Umat Israel sudah berkali-kali berdosa, kerana itu Aku pasti akan menghukum mereka. Mereka menjual orang jujur sebagai abdi; orang jujur yang tidak dapat membayar hutang mereka. Demikian juga yang dilakukan mereka terhadap orang miskin yang tidak dapat membayar hutang, walaupun hutang itu hanya seharga sepasang selipar.

7. Mereka menginjak-injak orang lemah yang tidak berdaya dan menyingkirkan orang miskin. Bapa dan anak lelakinya meniduri abdi perempuan yang sama, sehingga mencemarkan nama-Ku yang suci.

8. Di setiap tempat ibadat, orang tidur dengan pakaian yang diambil daripada orang miskin sebagai jaminan hutang. Di Rumah Allah mereka, mereka minum wain yang diambil daripada orang yang berhutang kepada mereka.

9. Walaupun begitu, hai umat-Ku, bagi kamulah Aku membinasakan orang Amori yang setinggi pokok sedar dan sekuat pokok oak.

Amos 2