2 Timotius 2:1-5 Alkitab Berita Baik (BM)

1. Timotius, anakku! Kuatkanlah dirimu dengan rahmat-Nya yang menjadi milik kita, kerana kita bersatu dengan Kristus Yesus.

2. Ajaran yang engkau dengar ketika aku mengisytiharkannya di hadapan banyak saksi, hendaklah engkau percayakan kepada orang yang boleh dipercayai dan yang dapat mengajar orang lain.

3. Engkau juga harus turut menderita sebagai askar Kristus Yesus yang setia.

4. Seorang askar yang sedang bertugas ingin menyenangkan hati komandannya. Dia tidak membabitkan diri dengan urusan orang awam.

5. Seorang olahragawan tidak akan memenangi hadiah kecuali dia mentaati peraturan.

2 Timotius 2