2 Tesalonika 3:12-15 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Demi nama Tuhan Yesus Kristus kami memerintah dan memperingatkan orang seperti itu, bahawa mereka mesti hidup dengan sepatutnya dan mencari nafkah sendiri.

13. Tetapi kamu, saudara-saudara seiman, janganlah jemu berbuat baik.

14. Mungkin ada orang yang tidak mahu mengikut apa yang kami katakan di dalam surat ini. Jika demikian, perhatikanlah mereka dan jangan bergaul dengan mereka agar mereka malu.

15. Tetapi janganlah anggap mereka sebagai musuh. Sebaliknya, nasihatilah mereka sebagai saudara.

2 Tesalonika 3