2 Tesalonika 2:6-8 Alkitab Berita Baik (BM)

6. Namun kamu tahu bahawa ada sesuatu yang menghalang perkara itu daripada berlaku sekarang ini. Manusia Jahat itu akan menampilkan diri pada masa yang ditentukan oleh Allah.

7. Kekuasaan yang melakukan kejahatan sudah mula bertindak secara rahsia. Tetapi perkara yang akan berlaku itu tidak akan terjadi, selagi yang menahannya tidak disingkirkan.

8. Kemudian Manusia Jahat itu akan kelihatan, tetapi apabila Tuhan Yesus datang, Dia akan membunuh Manusia Jahat itu dengan nafas dari mulut-Nya, dan membinasakannya dengan kegemilangan hadirat-Nya.

2 Tesalonika 2