2 Tesalonika 2:12-15 Alkitab Berita Baik (BM)

12. Akibatnya, semua orang yang tidak percaya kepada berita benar daripada Allah, tetapi menyukai dosa akan dihukum.

13. Kami mesti sentiasa bersyukur kepada Allah bagi kamu, saudara-saudara yang dikasihi Tuhan. Hal itu demikian kerana Allah telah memilih kamu antara orang yang terdahulu sekali diselamatkan-Nya. Dengan kuasa Roh-Nya dan dengan kepercayaan kamu kepada berita benar daripada Allah, Allah telah menjadikan kamu umat-Nya yang suci.

14. Allah memanggil kamu melalui Berita Baik yang kami khabarkan kepada kamu. Dia memanggil kamu supaya ikut memiliki kemuliaan Tuhan kita Yesus Kristus.

15. Oleh itu, saudara-saudaraku, kamu harus tetap percaya dan berpegang kepada ajaran-ajaran yang telah kami sampaikan, baik secara lisan mahupun bertulis.

2 Tesalonika 2