1. Tentang kedatangan Tuhan kita Yesus Kristus dan tentang hal kita dikumpulkan bersama-sama Dia kelak, aku menggesa kamu, saudara-saudaraku supaya hal-hal ini tidak berlaku.
2. Janganlah kamu gelisah, dan janganlah fikiran kamu cepat dikelirukan kerana orang berkata bahawa hari kedatangan Tuhan sudah tiba. Mungkin ada yang berpendapat bahawa kami mengatakan demikian semasa bernubuat atau mengajar atau menulisnya di dalam surat.
3. Janganlah biarkan orang menipu kamu, kerana hari itu hanya akan tiba, apabila banyak orang memberontak terhadap Allah, dan Manusia Jahat yang ditetapkan masuk ke neraka, menampilkan diri.
16-17. Allah Bapa kita mengasihi kita, dan kerana rahmat-Nya Dia menyebabkan kita sentiasa tabah mengharapkan yang baik. Semoga Dia dan Tuhan kita Yesus Kristus sendiri menggalakkan kamu dan menguatkan kamu untuk melakukan dan mengatakan yang baik.