1. Selepas Raja Salomo selesai membina Rumah TUHAN, baginda menyimpan semua perak, emas, dan barangan lain yang ditahbiskan untuk TUHAN oleh ayahandanya, Raja Daud, di dalam stor-stor Rumah TUHAN.
2. Kemudian Raja Salomo menyuruh semua pemimpin suku dan puak Israel berkumpul di Yerusalem, untuk memindahkan Tabut Perjanjian TUHAN dari Sion, Kota Daud, ke Rumah TUHAN.
3. Mereka semua berkumpul pada Perayaan Pondok Daun.
4. Setelah semua pemimpin itu berkumpul, orang Lewi mengangkat Tabut Perjanjian
11-14. Semua imam daripada setiap kumpulan yang hadir di sana telah menyucikan diri. Semua penyanyi orang Lewi, iaitu Asaf, Heman, dan Yedutun, serta anggota-anggota puak mereka, memakai pakaian linen. Orang Lewi berdiri di sebelah timur mazbah dengan simbal dan kecapi. Bersama dengan mereka ada 120 orang imam yang meniup trompet. Nyanyian para penyanyi berpadu dengan iringan trompet, simbal, dan alat muzik lain. Inilah seni kata lagu yang dinyanyikan mereka untuk memuji TUHAN:“Pujilah TUHAN, kerana Dia baik,kasih-Nya kekal abadi.”Apabila para imam keluar dari Rumah TUHAN, tiba-tiba Rumah TUHAN dipenuhi awan yang bersinar dengan cahaya hadirat TUHAN, sehingga mereka tidak dapat meneruskan upacara ibadat.