11. Selepas kambing dan domba disembelih, orang Lewi menguliti semuanya; kemudian para imam memercikkan darah binatang itu di atas mazbah.
12. Mereka membahagikan binatang-binatang bagi korban untuk menyenangkan hati TUHAN, kepada tiap-tiap kumpulan keluarga, supaya mereka dapat mempersembahkannya menurut peraturan Taurat Musa.
13. Orang Lewi memanggang korban-korban untuk Perayaan Paska di atas api, menurut peraturan, dan merebus korban-korban khas di dalam kuali, periuk, dan belanga, lalu dengan segera dagingnya dibahagi-bahagikan kepada rakyat.